Tuesday, May 12, 2015

Rahsia Beting Beras Basah ,Bagan Datoh

( Rahsia Beting Beras Basah )
Beting Beras Basah adalah sebuah tempat yang terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Beting Beras Basah iaitu dengan melalui jalan darat dan jalan laut. Dari Teluk Intan, jika melalui jalan raya jaraknya ialah sejauh 45 km menuju ke Pekan Bagan Datoh. Setelah sampai di pekan tersebut, pengangkutan seterusnya ialah dengan menaiki bot atau sampan untuk ke sana atau melalui Kampung Sg Balai dengan mengikut jalan darat yang mempunyai jambatan.
Selain melalui Kuala Sungai Perak, Beting Beras Basah juga boleh dilawati melalui jalan pintas iaitu dari Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, dengan menempuh jalan tar kecil sejauh enam kilometer yang hanya boleh dilalui dengan motor dan kenderaan kecil sahaja. Satu lagi cara ialah dengan meredah jalan kebun kelapa sawit dari pekan kecil Rungkup. Dari situ, kenderaan perlu ditinggalkan dan terpaksa berjalan kaki meredah paya bakau sejauh hampir setengah kilometer.
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Sebelumnya, dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.
Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :
"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"
Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda lalu membuangnya ke dalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala. Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan "DAULAT TUANKU" dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah. Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.
Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja. Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985. Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.
Sejarah lama ada menyebut bahawa Raja Ahmad yang merupakan putera kedua Sultan Abdul Malek Shah (Sultan Perak ke 19 yang bertakhta dari tahun 1808 hingga 1825) adalah merupakan seorang Pawang Diraja yang sangat masyhur satu masa dahulu. Sebagai Pawang Diraja, Raja Ahmad sangat arif tentang kejadian-kejadian ghaib termasuk yang berhubungkait dengan makhluk halus. Atas kebolehannya itu, baginda dilantik oleh kekandanya Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Perak ke 20 (1825 – 1830 ) untuk menjaga jin kerajaan negeri Perak di Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak. Raja Ahmad mangkat ( terjatuh di Kuala Sungai Terus ) kira-kira dalam tahun 1827 dan selepas itu, tidak diketahui siapa penjaga Jin Kerajaan Negeri Perak seterusnya.

Sejarah Beting Beras Basah



Kaitan Kesultanan Perak dengan Beting Beras Basah telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1 ( 1528 – 1549 ). Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja.

Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985.
Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.

Beting Beras Basah adalah sebuah tempat yang terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Beting Beras Basah iaitu dengan melalui jalan darat dan jalan laut. Dari Teluk Intan, anda perlu melalui jalan raya sejauh 45 km menuju Pekan Bagan Datoh. Setelah sampai di pekan tersebut, anda boleh menaiki bot atau sampan untuk ke sana atau melalui Kampung Sg Balai dengan mengikut jalan darat yang mempunyai jambatan.

Istiadat pertabalan sultan-sultan Negeri Perak dilaksanakan di sini. Ini kerana mengikut sejarahnya, Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak pertama telah ditabalkan disini. Sejak itu, keturunannya atau sesiapa yang akan menjadi Sultan Perak diwajibkan datang ke Beting Beras Basah untuk istiadat pertabalan.

Beting Beras Basah hanya dapat dilihat sewaktu air Sungai Perak surut terutamanya pada waktu pagi dan ianya akan tenggelam sewaktu air pasang. Tempat ini dianggap keramat oleh penduduk kampung kerana pelbagai peristiwa aneh. Menurut sumber lisan orang tua, tempat ini dijaga oleh Jin Negeri Perak yang dipunyai oleh Raja Ahmad ( putera Sultan Abdul Malik Shah ) sehingga kini.





Tuesday, December 12, 2006


Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 1

Subhanallah! Entah kenapa, kali ini saya tergerak pula untuk memaparkan cerita mengenai pencarian makam Raja Ahmad yang pernah saya post dalam Forum CVT bermula 22 September 2006 (kebetulan tarikh lahir anak perempuan saya. Cerita ini dimulakan dalam mukasurat 59 thread "Berpetualang ke Aceh") sebelum "terganggu" kerana masuk perbincangan lain lalu disambung kemudian.
Biar saya ambil tulisan yang relevan untuk dipaparkan di sini dan dalam bentuk dan gaya bahasa santai seperti yang saya selalu pakai di forum itu OK... Silakan baca! :]


Ni aku nak bawak plak satu lagi elemen dalam perbincangan ini iaitu mengenai seorang kerabat diraja Perak dahulukala bernama Raja Ahmad.
Salasilah rasmi Perak sekarang mengenalkannya sebagai anak Sultan Perak ke 19, Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang memegang jawatan Raja Kecil Tengah. Baginda adalah ayahanda Sultan Jaafar yang menerbitkan Sultan Abdullah II (yang dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877) dan Raja Muda Musa, moyang Raja di Hilir Perak sekarang, Raja Ja'afar.
Anak Raja Ahmad seorang lagi adalah Raja Bendahara Alang Iskandar yang menerbitkan Sultan Idris I yang membuka Bukit Chandan... Dari Sultan Idris ini lah terbitnya dua lagi cabang keluarga diraja Perak yang memegang takhta Perak moden iaitu cabang Sultan Idris II (Idris trompet member P. Ramlee) dan Sultan Yusuf II, bapa Sultan Azlan Shah.
Tapi ada plak salasilah menyebut Raja Ahmad sebagai menantu Sultan Abdul Malik sedangkan nasab asal-usul ke atas tak disebut. Lebih menarik lagi, walaupun salasilah rasmi menyebutnya sebagai Raja Kecil Tengah sahaja, ada plak yang memanggil sebagai Sultan malah ada title Johan berdaulat lagi kat belakang...

Tengok ni:

19. 1806 - 1818 H.H. Maulana Paduka Sri Sultan 'Abdu'l-Malik Mansur Mu'azam Shah Jamalu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah, Sultan of Perak. Appointed to succeed his father three months after his death because the designated heir, Raja Bendahara Mahmud, would not come down to Sayong to be installed. Deposed 1818. m. Raja Hitam binti Raja Inu Tengah, eldest daughter of Raja Inu ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Muhammad Shah Amanu'llah, Raja Bendahara, by his second wife, Raja Che' Puan Tengah, daughter of Raja Hamid. He d. at Bandar Bahru, 18th August 1825 (bur. there), having had issue, three sons and three daughters:
· 1) Raja 'Abdu'llah bin Sultan 'Abdu'l-Malik Mu'azam Shah, Raja Muda, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'llah Mu'azam Shah Khalilu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan 'Abdu'l-Malik Mu'azam Shah Jamalu'llah, Sultan of Perak (s/o Raja Hitam) - see below.
· 2) Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan 'Abdu'l-Malik Mu'azam Shah Jamalu'llah, Yang di-Pertuan Muda (cre. 1806) (s/o Raja Hitam). Previously styled Raja Kechil Tengah, and Raja di-Hiler. m. Che' Long binti Daeng Masiah, Che' Puan Busu [Bongsu], daughter of Daeng Masiah [Masak], a Bugis Prince from Lingga, by his wife, Raja Galuh. He d. 1820, having had issue, two sons and one daughter:
· a) Raja Ngah Ja'afar, who succeeded as H.H. Maulana Paduka Sri Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azam Shah Waliu'llah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah, Sultan of Perak (s/o Che' Long) - see below.
· b) Raja Alang Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah [al-Marhum Kuala Teja], Raja Bendahara (cre. 1841) (s/o Che' Long). m. (first) the Raja Che' Puan Kechil (cre. 1841), eldest daughter of Raja Yusuf bin Raja Muhammad, Raja Kechil Tengah of Kedah, by his wife Raja Busu binti Raja Radin, Raja Che' Puan Muda, daughter of Raja Radin Shahidu'llah bin Raja Inu, Raja Muda. m. (second) Che' Ken Uda Sari binti 'Abdu'l-Rahman [Alang Milu], daughter of Che' 'Abdu'l-Rahman, Panglima Dalam. He d. at Kuala Teja, having had issue, four sons and one daughter:
· i) Raja Hassan ibni al-Marhum Raja Alang Iskandar (s/o the Che' Puan Kechil). He had issue one son:
· (1) Raja Ngah Ja'afar bin Raja Hassan.
· ii) Raja Kulup Muhammad Kramat ibni al-Marhum Raja Alang Iskandar (s/o Che' Ken Uda). He had issue one son:
· (1) Raja Ismail bin Raja Kulup Muhammad Kramat.
· iii) H.H. Sultan Sir Idris Murshid al-Azam Shah Rahmatu'llah ibni al-Marhum Raja Alang Iskandar, Sultan of Perak (s/o Che' Ken Uda)

Lebih menarik lagi adalah kaitan Raja Ahmad dengan Beting Bras Basah...

Tengok ni:



Perhatikan perenggan di bawah:

Adalah dipercayai almarhum (Raja Ahmad) adalah penjaga jin kerajaan Perak di Beting Beras Basah (Kuala Sungai Perak). Tempat ini merupakan tempat yang mesti dilawati oleh setiap raja yang akan ditabalkan menjadi sultan...
Ada apa-apa ke? Apa ada kat Beting Beras Basah? Adakah Raja Ahmad tu le Haji Ahmad atau Ahmad Dewa?

Tengok ni plak:


Siap sebut title Sultan dan Waliyullah...
Signboard yg aku post kat atas tu ada sebut Raja Ahmad hilang setelah terjatuh di Sungai Terus. Zaman dulu, kawan Sungai Terus sampai ke Kuala Sungai Perak adalah jajahan dalam bidang kuasa Laksamana Raja Mahkota...
Ada apa-apa ke? Sila, bagi le pendapat... Tapi bersangka baik le... Jangan le terus hentam benda ni sebagai permainan jin dan qarin yek... Kita cuma nak tahu, ada yang special sangat pasal Beting Bras Basah selain jin dan makhluk apa lain... Silakan... Ahaks!

4 comments:

Anonymous said...
Assalamualaikum.
Sedikit pandangan. Kalau dah ghaib bermakna dia hidup sebab tiada makam berisi mayat membuktikan pemergiannya. Ghaib bermaksud dia ada dan orang yang rohnya bersih sahaja dapat melihat dan berbual dengannya. Dia sentiasa berada di mana yang dia kehendaki kerana kepantasan alam roh mengatasi kelajuan cahaya bergantung kepada sejauhmana bersihnya roh tuan punya diri.
Orang Segamat
Anonymous said...
Tambahan.
Menjadi penjaga jin pun bukanlah perkara mustahil kerana apabila ghaib maka akan berjumpa dengan alam jin. Dan oleh kerana berjaya mengIslamkan jin sehingga jin-jin itu menjadi soleh, layaklah menjadi penjaga jin Islam yang soleh.
Peringatan.
Orang yang ghaib, mereka mempunyai peranan besar di akhir zaman nanti sebagai bukti kata-kata Laksamana Hang Tuah "Melayu takkan hilang di dunia" bermaksud Melayu nanti akan jadi Ikhwan iaitu tentera kepada Shuaib bin Salleh @ Fatta At Tamimi sebelum munculnya Imam Mahadi Al Muntazar - khalifah yang ditunggu-tunggu mengIslamkan dunia sebelum Allah kiamatkan dunia ini.
Sekian.
Ampun Maaf dari Orang Segamat
Anonymous said...
Selain di terdapat kerajaan jin di Beting Beras Basah, terdapat ju perkampungan & kerajaan bunian disana...
Ade penduduk tempatan yg mendakwa pernah memasuki alam bunia tersebut...
Terdapat sebuah kapal yg besar (ghaib) di tengah2 laut dimana kapal sultan yg pertama sangkut...

WaALLAHhualam Bisaawab...
anonymous said...
Saya pernah bermimpi saya diselamatkan oleh keturunan saya yang dulu-dulu yang mana ketika itu saya hampir mati. Dan yang memberitahu keturunan saya tentang keadaan saya yang bahaya adalah Raja Ahmad dengan kapalnya mengunjungi mereka lalu menyampaikan berita.

Saya juga diberikan sebuah buku catatan yang mempunyai cop kabar salam dari Nabi Nuh. Mimpi yang sungguh aneh!

Daleane Hada
Tanyasamaituhudhud


Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 2

Hokeh... Sambung cite...

Siang 12 September 2006, hari apa yek... Hmm... 9 hari Sabtu, 12 hari Selasa... Wokey...
Pagi tu dalam pukul 10 gitu, aku keluo sehelai sepinggang memakai seluar curut biru, t-shirt biru dan bag laptop meninggalkan rumah Mak Uteh di Batak Rabit lalu naik bas ke pekan Teluk Intan... Terus singgah ke warung majlis perbandaran untuk tumpang wi-fi, masuk Internet n check forum, sangkut le sampai lepas lunch-time...
Pas tu baru aku sedar... Eh... Kata nak carik Makam Raja Ahmad, kata pakcik aku (laki Mak Uteh) kat Matang Pelanduk, jalan pegi Kampung Gajah...
Sebenonya Pak Utih dah cite pasal makam ni dekat dua bulan lalu masa aku pi round Perak time tu... Kata dia, makam tu dijaga oleh harimau Tok Tepok yang untut satu kaki...
Masa tu aku tak tangkap pot... Mungkin sebab penat dah round jauh... Dah banyak sangat tempat dok merayap dan Makam Raja Ahmad tak masuk dalam programme... (tu le first-time aku jumpa KetuaLanun, MOM, Pak Tam, Pak Din n Kuali kat Manjung pas tu seberang Sungai Dinding, pi Pantai Remis, pi Beruas, pi Kuala Kangsar, pi Bota Kanan, pi Kampung Gajah, baru balik Teluk Intan... Pas tu pi Sg Durian, pi Kampong Setia, naik bot dari Hujung Rintis seberang Sg Perak pi Bagan Datoh, pi Beting Beras Basah, pi Sabak Bernam, pi Kuala Selangor... Satu perjalanan dalam 12 hari gitu, lepak atau tido kat 19 masjid n ziarah makam 15 orang Sultan Perak)
Kali ni, setelah selesai menghadiri pengkebumian jenazah Laksamana Muhammad Amin di Makam Diraja Perak di Bukit Chandan, timbul gerak yang kuat untuk ziarah Makam Raja Ahmad dan mencari identiti sebenarnya... 1. Sebab ikut cite makam tu dijaga harimau Tok Tepok, ikut firasat aku, setiap makam yg ada Tok Tepok, ada kaitan dengan keluarga besar aku yg berasal daripada Samudera-Pasai, 2. Aku baru kaji balik salasilah Perak lalu mendapati Raja Ahmad sebenarnya bukan anak Sultan Malik Mansur Shah (Sultan Perak ke 19) tetapi adalah menantu... Tengok balik sikit salasilah yg aku post kt atas tadi...

Tapi sebelum mencari Makam Raja Ahmad, aku rasa wajib pegi Kampung Terengganu untuk ziarah Makam Sultan Abdullah I Marhum Durian Sebatang, Sultan ke 22 Perak.. Masuk pukul 2 petang, aku gi masjid jamek lama Teluk Intan untuk bersolat... Dah hujan plak... Terpaksa le melepek sat, tapi dapat jugak charge lap-top...
Pas tu aku pun menapak dalam 1 batu gitu pi Kampung Terengganu... Ni, biaq aku paste gambo makam tu...




Hmm... Bole baca tak tulisan kat signboard tu? Rasanya OK kot...

OK... Sikit background...

22. 1851 - 1857 H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'llah Muhammad Shah I 'Atiku'llah ibni al-Marhum Raja Kechil Bongsu 'Abdu'l-Rahman, Sultan of Perak. Granted the titles of Raja Kechil Muda, Raja di-Hiler (cre. 1826), and Raja Bendahara (cre. late 1826). Succeeded 1851. m. (first) as her first husband, Raja Tipah binti al-Marhum Paduka Sri Sultan Shahab ud-din Ri'ayat Shah Saifu'llah, daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Shahab ud-din Ri'ayat Shah Saifu'llah ibni al-Marhum Raja Inu Muhammad Saleh, Sultan of Perak. m. (second) Raja Sharifa Ngah Amina binti Raja Alang Radin, Raja Perempuan, daughter of Raja Alang Radin bin Sultan 'Ala ud-din, by his wife, Raja Chik. He d. 1857 (bur. Kampung Trengganu, Teluk Anson), having had issue, three sons and one daughter:

· 1) Raja Ngah Lob Yusuf, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan Yusuf Sharif ud-din Muzaffar Shah Ghafiru'llah ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'llah Muhammad Shah, Sultan of Perak (s/o Amina) - see below.

Baginda adalah bapa Sultan Yusuf I, Sultan yang menggantikan SUltan Abdullah II yg dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877...

Di bawah ini adalah kaitan Sultan Abdullah I dengan Sultan Ahmadin, Sultan Perak ke 18 yang merupakan nendanya... Juga menurut perlembagaan negara Perak sekarang, seorang bakal Sultan mestilah daripada zuriat Sultan ke 18...

Tengok ni:

18. 1792 - 1806 H.H. Maulana Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanu'llah, Sultan of Perak. Appointed as Raja Kechil Bongsu, promoted to Sultan Muda 1773, and became Heir Apparent, March 1789. Regent 1786-1792. Succeeded on the death of his brother, September 1792. m. (first) Che' Pusa Puteh binti Dato' Jambu, Dato' Dalam, elder daughter of Tok Jambu, Sri Maharaja Laksamana, by his wife Ngah Nusani, eldest daughter of Nakhoda Hitam Dato' Kuala Bidor, 1st Laksamana. m. (second) Raja Tengah Bongsu binti al-Marhum Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah Hajiu'llah, daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah III Hajiu'llah, Sultan of Perak, by a commoner. m. (third) Che' Sri Nayan Sofia binti Dato' Imam Malik ul-Amin, daughter of Dato' Imam Malik ul-Amin bin Syed 'Ali, of Katiar. m. (fourth) Dato' Nah binti Dato' Jambu, younger daughter of Dato' Jambu, Sri Maharaja Laksamana, by his wife, wife Ngah Nusani, eldest daughter of Nakhoda Hitam Dato' Kuala Bidor, 1st Laksamana. m. (fifth) Che' Sinuh Sakdiah, of Sungkei Siput. He d. at Chegar Galah, 1806 (bur. Kota Kanan, Parit), having had issue, three sons and two daughters:

· 1) Raja 'Abdu'l-Malik, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l-Malik Mansur Mu'azam Shah Jamalu'llah ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah, Sultan of Perak (s/o Che' Pusa Puteh) - see below.

· 2) Raja Inu Muhammad Saleh ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah, Raja Kechil Lasa (s/o Tengah Bongsu). m. Raja Tengah Mas Irang binti Raja Inu Tengah, daughter of Raja Inu ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Amanu'llah, Raja Bendahara, by his second wife. He had issue one son and one daughter:

· a) Raja Chulan, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan Shahab ud-din Ri'ayat Shah Saifu'llah ibni al-Marhum Raja Inu, 21st Sultan of Perak - see below.

· a) Raja Alang binti al-Marhum Raja Inu.

· 3) Raja 'Abdu'l-Rahman Kampung ibni al-Marhum Paduka Sri Sultan Ahmad ud-din Shah, Raja Bendahara (cre. 1826) (s/o Sofia). Previously styled Raja Kechil Sulong Tua and Raja Kechil Bongsu (cre. 1825). m. (first) Che' Halima binti Wan Bentau [Limah], daughter of Wan Bentan bin Temenggong Pa' Hujan, of Kuala Prai. m. (second) ... He d. at Kampong Mangkassar, after 1826, having had issue eight sons, including:

· a) Raja 'Abdu'llah bin Raja Bendahara 'Abdu'l-Rahman, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'llah Muhammad Shah I 'Atiku'llah ibni al-Marhum Raja Bendahara 'Abdu'l-Rahman, Sultan of Perak (s/o Che' Halima) - see below.
Adapun Sultan Abdullah I inilah Sultan yg terpaksa berlindung di rumah Laksamana Tuk Janggut (tu yang engkorang baca kitab hikmat Tuk Janggut) setelah Raja Muda Ngah Jaafar merampas takhta... Kata Raja yang jadik Sultan ke 23, Sultan Jaafar ni, Sultan ABdullah tak pandai memerintah...
Saya difahamkam, sebab sebenarnya adalah Sultan Abdullah menolak campurtangan Inggeris kerana dapat melihat sesuatu yang tidak kena... Sultan Jaafar plak nampaknya sangat ghairah untuk bekerjasama dengan Inggeris terutama untuk memajukan lombong... Baginda le yg bertanggungjawab bagi jajahan Larut kat Ngah Ibrahim...
Rasanya cite yg berlaku selepas tu tak payah le aku ulang... Dah lebih dua tiga kali aku cite dalam forum ini...
Selesai ziarah makam tu, aku pun menapak balik ke warung perbandaran... Bukak lagi Internet... Seperti biasa musti sangkut punya, lepas pukul 6 baru aku perasan, eh apa ni... Melepek lagi aku terlajak waktu... Baru nak pegi bas-stand, dah tentu le tak dapat bas sebab bas nak pi carik Makam Raja Ahmad sebab bas tu adalah bas Teluk Intan-Kampung Gajah yang cuma ada satu dipakai ulang-alik...
Aku terpaksa fikir sat, camana ni... Nak abort mission ke sambung besok... Eh... Mana boleh... Aku mana boleh patah balik... Jadik aku carik le teksi... Depa kat boleh pi Matan Pelandok tapi kena le bayo RM20...
Maka bermula gerakan mencari Makam Raja Ahmad hampir senja itu...
To be continued bila aku ada mood...

p/s: Untuk Nur yang tersayang... Saayyaaanngg sangat awak...
Kalo awak terbaca ni, saya cuma nak bagitahu... Saya tahu, awak kurang minat bab raja-raja, bukan macam saya yang dok kemaruk carik cerita-cerita cam ni sana-sini... Tapi saya terus jugak pung-pang dok ceghita kat awak sampai awak pun naik pening, apa kejadah mamat ni, tak henti-henti dok cite pasal ni... Nak buat camana, kan awak dah tahu saya ni kepala sewel...
Di sini, saya nak ambik peluang menyatakan secara terus-terang, I'm very sorry my dear sebab selama ni dalam sedar tak sedar, saya dah paksa awak dengo cite-cite saya walaupun tak semuanya awak faham dan suka dengar... N you have your own problems to sort out while I have been very selfish in expecting you to lend me your ears all the time... I'm very sorry my dear loving angel for being such an inconsiderate person... Tnks anyway for the attention you gave me all these while... Without you, surely I would be dead by now or most probably, I would have been stuck in Tanjung Rambutan...
Saya akan cuba settle kan segala hal saya sementara awk settle kan hal awak... Insyaallah, kalau Tuhan izinkan kita dapat betul-betul bersama nanti n saya akan bawak awk balik ke Aceh mengadap nenda di Samudera... Awk dah lama faham kan my lovely dayang? You know all the things I've accomplished so far (if you can call it as accomplishments), I could not have done it without you, without your presence, your understanding n you loving support. For that, let me publicly pledge my eternal love to you, sayang...
Love u so much SM, always... Ever n ever dunia n akhirat, Insyaallah!...




6 comments:

glam2 said...
salam saudara..ada kemuskilan dihati..adakah nakhoda hitam dan panglima hitam orang yang sama.
Radzi Sapiee said...
Wassalam. Nakhoda Hitam itu unik, seorang sahaja sedangkan gelaran Panglima Hitam ini diberi pada banyak orang...
Di makam diraja Selangor yang di Bukit Melawati ada makam seorang Panglima Hitam.
Panglima Lidah Hitam yang dikatakan membelah Batu Belah di puncak bukit Pulau Besar, Melaka juga ada masa dipanggil sebagai Panglima Hitam.
Begitu juga banyak panglima lain termasuk Nakhoda Hitam sendiri kadangkala dikenali sebagai Panglima Hitam. Mungkin kerana kulitnya hitam? Saya rasa tidak. Pada saya kerana mereka ini suka berpakaian hitam... Kerana hitam ada banyak maknanya... Dalam ilmu persilatan memang biasa pakai baju hitam sedangkan Ahlu Bait anak cucu Nabi juga suka berpakaian hitam terutama apabila berperang...
hafez j malim said...
salam...sedikit pembetulan. nama kampung yang sdra maksudkan iaitu matang pelanduk nama sebenarnya ialah kampung permatang pelanduk.. saya masih punyai saudara mara di sana
zana azeana said...
salam....saya nak tanya kalu nk di ikutkan daripada tulisan encik..encik ni keturunan keluarga besar yg berkaitan dengan raja ahmad atau keturunan keluarga besar yg ade kaitan dengan Harimau Tok Tepok ye..saya berminat nak tau..
malaikatcinta86 said...
Salam, saya nak tahu, ada atau tidak keturunan Sultan Perak yang berasal Kerinchi, Jambi? Siapa yang buka Kampung Kelebor di Kuala Kangsar? Terima Kasih
Radzi Sapiee said...
Wassalam. Maaf. Saya tak tahu.

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3

Sudah jadi adat berforum, mesti akan termasuk bermacam jenis perbincangan yang kadang-kala membawa lari langsung sesuatu topik jauh ke arah subjek yang lain. Seringkali juga termasuk elemen gurau senda yang memakan beberapa mukasurat perbincangan sebelum ia reda lalu subjek serius dapat ditemui kembali.
Adapun artikel bertajuk "Mencari Makam Raja Ahmad" bahagian 1 dan 2 disedut daripada mukasurat 59 thread "Berpetualang ke Aceh" di dalam Forum CVT... Sambungannya iaitu cerita dalam posting ini bermula daripada mukasurat 84 pula! Begitu jauh topik ini lari sebelum dapat disambung kembali...
Apapun, teruskan membaca! Cerita ini bersambung setelah saya selesai menziarahi makam Sultan Abdullah I di Teluk Intan kemudian bersantai sebentar di warung majlis perbandaran sambil melayari Internet menggunakan line wi-fi free sampai hampir terlupa arah tujuan perjalanan hari itu! Sampai melepasi jam 6 petang lalu tidak ada lagi perkhidmatan bas menghala ke destinasi yang ingin dituju... :]


Maka aku pun naik teksi pi Matang Pelandok... Sampai sana tanya orang, takda sorang pun tahu ada makam kat area tu... Rupanya kena pegi depan sikit, ada le 3 batu ke depan... Baru le jumpa signboard yang sebut ada makam Raja Ahmad dan beberapa orang Sultan kat dalam... Lupa plak nama tempat tu tapi bukan yg ini...





Signboard yg ini tu kat tempat lain, jauh sikit lagi menghala ke Kampung Gajah dari jalan Teluk Intan... Signboard yang aku jumpa petang tu, aku tak tergerak plak nak snap gambo///
Masa petang tu, aku tak tahu pun ada jalan lagi elok yang ada signboard seperti yang tertera kat atas tu... Tempat yang aku sampai petang tu ada sign-board yang tak tunjuk jarak makam-makam tu berapa jauh... Setakat tulis nama Sultan-sultan dan Raja yang disemadikan...
AKu pun tanya le orang kat tepi jalan... Pas tu teksi pun bawak masuk ke dalam...
Setelah masuk sekitar 1 batu lebih, jalan menjadi semakin kecil dan pecah-pecah, semak kiri-kanan... Perjalanan diteruskan dengan pemandu teksi mula gelisah... Maklumlah kawasan kampung dah tak nampak, dah mula masuk estet dan belukar sedangkan langit dah mula kelam masuk Senja...
Jumpa plak simpang jalan merah macam jalan bendang tu, satu ke kiri, satu ke kanan beserta jalan terus ke hadapan yang semakin kecil dan buruk... Dah... Pemandu teksi makin tak boleh duduk diam... Betul ke jalan ni? AKu plak nampak macam ada bangunan rumah ke hapa warna biru ke kanan... AKu cakap, pakcik meh kita tengok sebelah kiri... Pakcik tu memang nampak risau, aku pun cakap... Tak pa le... Nanti aku tambah le bayor duit tambang ikut yang sesuai...
Pakcik pun bawak teksi masuk kiri sampai ke penghujung jalan tanah merah style bendang tu... Rupanya ada bangunan logi air kecik, nasib baik ada orang mancing, boleh gak tanya direction pi makam kat mana... Rupa-rupanya kena jalan straight je tadi...
Apapun, dipendekkan cite, setelah masuk lagi berbatu ke dalam dan dah nak masuk pukul 7 petang, kami pun sampai ke simpang tiga... Di depan tu dah Sungai Perak...
Eh... Rasanya aku dah post sikit le cite ni... Sat, biar aku carik balik...
Hokek... Jumpa dah... Kat mana hang tau... Kat page 46 woo... Nasib baik aku terror research, dapat jugak carik kat mana... Heh!
Ni, biaq aku copy n paste balik lah yek... Cite tu ditulis malam itu juga setelah aku keluo kawasan tu lalu port sehelai-sepinggang kat Kampung Gajah plak...

(Posted: 12 September 2006 at 11:48pm)

A'kum! Sekali lagi, salam petualang daripada hamba yang sedang di perantauan.
Adapun ketika ini, hamba sedang melepak di Kampung Gajah akibat tersangkut dalam perjalanan. Maka malam ini akan jadi kali ketiga le hamba bermalam di dewan makan Masjid Jamek Kampung Gajah, kali pertama hampir dua tahun lalu kerana perkhidmatan bas ke Teluk Intan sudah tamat, kali kedua dalam sebulan lepas, sama jugak sebabnya tapi sudah dijangkakan dan dah bersedia tido di sini.
Bezanya, kali ini hamba datang sehelai sepinggang je... Tuala pun takda. Tu yang terpaksa pakai sejadah yang orang tinggalkan kat serambi masjid untuk mengibas-ngibas badan mengeringkan air setelah mandi malam di masjid tadi. Apapun, masih kira baik le berbanding hari Sabtu hari tu bila hamba ditinggalkan rombongan keluarga yang menuju ke Matang untuk pengkebumian jenazah Ngah Ibrahim, akibat leka berbual dengan buah-hati yang datang dari KL ke Buki Chandan untuk menyaksikan pengkebumian jenazah Laksamana Muhammad Amin di kawasan permakamana diraja Perak.
Masa tu, aku pakai baju hitam complete ngan samping n songkok... Pelik muka orang tengok aku bila ada sedara tu turunkan kat bus station Kuala... Dah nampak macam mamat mana pulak ni lari lepas nikah.... Nasib baik le dapat contact member lama aku kat Lenggong yang dah 8 bulan tak jumpa... Dapat le lepak sana ngan tuko pakaian yg lebih selesa, siap sempat gi Ipoh tengok Perak kalah ngan Perlis 2-1 !
Adapun hari ini, atas saranan seorang bapa saudara dahulu, hamba berhajat untuk menziarahi Makam Raja Ahmad, katanya kat area Matang Pelandok. Sebulan dulu, pakcik aku ada bagitahu, singgahlah kat makam tu... Pas tu dia kata, makam tu dijaga oleh harimau untut satu kaki atau Tok Tepok tapi aku belum tergerak lagi. La ni baru le rasa nak ke sana kerana ada cite lama yang nak dirungkai. Aku keluo daripada rumah pakcik kat Batak Rabit tadi jam 11 pagi gitu lalu ke Teluk Intan. Sempat le numpang wi-fi Internet kat gerai Majis Perbandaran pas tu lepas masjid sat sementara recharge laptop, bersolat dan berdoa dan tunggu hujan henti kemudian ziarah Makam Marhum Durian Sebatang (Sultan Perak ke 22).
Pas tu aku masuk Internet lagi kat gerai, sedo tak sedo dah masuk pukul 6 petang. Nak ke Makam Raja Ahmad tu kena naik bas ke Kampung Gajah sedangkan bas dah takda lagi, ada pun cuma satu bas je yang dok ulang-alik dari Teluk Intan ke Kampung Gajah...
Aku pun termenung sat... Camani ni? Lepak punya lepak dah masuk pukul 6.30 petang. Last-last ambik je teksi walaupun tambang kena RM20. Apahal pun aku musti bergerak keluar daripada Teluk Intan, sampai ke tak sampai destinasi, itu lain cite...
Dipendekkan cite, orang Matang Pelandok pun tak tahu kat situ ada makam.... Rupanya depan sikit kat Pulau Beso gitu, ada sign-board beritahu kat situ ada dalam 4 makam Sultan Perak, tanya orang, masuk dalam, tersilap masuk jalan tanah merah sampai drebar teksi Melayu tu dah mula hilang sabo... Nasib baik jumpa jalan tapi sampai kat simpang tiga yang mengadap Sungai Perak, drebar tak nak masuk lagi... Nampak gaya macam takut je, ye lah dah nak masuk Maghrib masuk kat tempat jin bertendang...
Aku plak terpaksa le bayor RM35 memandang drebar pun dah susah-payah... Pas tu menapak le dalam kesamaran senja... Jumpa satu masjid lama tinggal yang orang tak pakai. Ingat nak tido kat situ tapi bila fikir balik, eletrik takda OK lagi... Takut air takda sedangkan aku ni jenis membuang air beso malam-malam... Susah tu... Lagipun belum jumpa makam, jadi teruskan perjalanan...
Sampai satu ketika, muncul seekor helang sebeso budak 5 tahun daripda celah pokok, duduk kat tengah jalan mengadap aku pas tu terbang naik atas pokok. Aku terus berjalan sampai le jumpa makam Sultan Perak ke 19, Sultan Abdul Malik... Singgah sat hadiah Fatihah pas tu jalan lagi... Masa tu dah pukul 7.10 pm gitu...
Jauh le jugak jalan lagi, terserempak pulak dua budak muda naik moto lawan arah... Tanya depa ada tak makam kat depan lagi.. Depa keruk kepala pas tu sorang kata ada lagi sikit kat depan... Aku pun naik balik smeangat, jalan laju sikit pas tu jumpa le makam... Tapi kali ni aku terus menyumpah... Apa taknya, kubur si celaka J.W.W. Birch siap bertanda salib lagi... Tapi aku fikir balik, mungkin ada sebab gak aku jumpa tu, so ambik gambo daripada luar je le, tak nak masuk ke dalam...
Break sat...
OK... Sambung balik...
Budak-budak tu ada sebut, kalo jalan terus bole keluo balik jalan beso... Aku pun terus jalan, sempat lalu beberapa buah rumah tinggal... Rupa-rupanya lebih 100 tahun dulu, kawasan tu sebenonya agak pesat ngan penduduk, namanya pun Bandar Baru walaupun sekarang tinggal hutan ngan estet kelapa sawit je...
Jalan punya jalan, dekat pukul 8pm terserempak pulak lori ngan tiga orang muda tengah punggah kelapa sawit... Tu yang aku dapat tumpang, asalnya mintak sampai keluo ke jalan beso sebab nak cari kedai makan... Depa kata kedai makam kat area dekat-dekat dah tutup, yang ada cuma kat Kampung Gajah dekat 10km lagi sedangkan depa nak pegi Pulau Juar dalam 4-5 km gitu...
Alhamdulillah, depa tu baik hati, hanto aku terus sampai Kampung Gajah sebab kesian aku tak dapat nak makan agaknya... Itu le sebab malam ni aku ada kat sini... Ni aku cite ni daripada Internet Cafe kat Kampung Gajah le ni...
OK... Kita biar cite ni tergantung dulu yek... Besok aku kena pegi Pulau Beso balik sebab tak sampai lagi Makam Raja Ahmad.
A'kum!


2 comments:

jiwa said...
salamssss .. .. menarik sgt artikel nie .. .. intipatinya memang menarik .. .. tambah pula dengan pelbagai keadaan yang diolah menjadi ayat yang membuatkan sy terhibur dan bosan untuk membacanya .. .. menarik bab helang .. .. bab kubur yang kena sumpah tu .. .. ahah .. .. selamat mengembara merah silu!! .. ..
jiwa said...
maaf .. .. maksud sy sebenarnya tak bosan untuk membacanya .. .. typing error .. .. ahah .. ..




Pembentangan khas Lagenda Beting Beras Basah oleh Tuan Haji Ariffin Mohd Dahlan
*Catatan bebas ana di Persatuan Sejarah Malaysia pada 19 Disember 2009

Fakta

1. Lokasinya terletak di Kuala Sungai Perak dalam kawasan Bagan Datok, Perak.

2. Merupakan tempat pertabalan Sultan Perak semenjak dari zaman Sultan Muzaffar Shah 1, Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada tahun 1528.

3. Setiap bakal Sultan yang akan menduduki takhta negeri Perak dimestikan menjejakkan kaki diatas beting pasir.

Catatan dan pengalaman peribadi pembentang

1. Dalam takhta kerajaan negeri Perak, ada 7 jin kerajaan yang menjaga Sultan Perak yang diketuai oleh Sultan Ahmadin Shah. Kapit kepada Sultan Ahmad Shah ialah ketua segala jin kerajaan yang menetap di Bukit Khuf Makkah.

2. Kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali sebagai Tasik Pauh Janggi bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu persilatan dan ilmu batin. Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa. Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib. Kawasan ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.

3. Mengikut penyelidikan Abdullah Jumain, UKM, Raja Muzaffar Shah (1528 M) terpaksa menyelam ke dasar laut selama 7 hari 7 malam untuk mengadakan perjanjian dengan orang ghaib yang menjaga kawasan tersebut. Pada ketika itu bahtera baginda tersangkut dikawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Mengikut catatan pembentang pula, telah keluar jin setinggi langit dari lubuk pusar. Namanya ialah Datuk Mahkota Maharaja Si Raja Jin. Kata jin tersebut, kalau Raja Muzaffar Shah hendak menjadi raja, baginda hendaklah membuang mahkotanya kedalam laut. Setelah mahkota tersebut dibuang, barulah bahtera itu dapat bergerak semula

4. Sejak dari peristiwa itu, negeri Perak tidak lagi memakai gelaran Tengku Mahkota. Gelaran tersebut ditukar kepada Raja Muda. Ini adalah kerana mahkotanya telah diambil oleh jin yang menjaga negeri tersebut iaitu Dato Mahkota Maharaja Si Raja Jin.

5. Selama lebih 30 tahun pembentang mengadakan kajian tentang Beting Beras Basah. Pada tahun 1975, beliau mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Beting Beras Basah. Sejak mendapat mimpi itu, beliau terus membuat kajian dan mendaftar menjadi ahli penyelidik sejarah. Ketika usia remaja sekitar umur 15 tahun, beliau pernah diberitahu oleh ayahandanya bahawa beliau berketurunan Panglima Hitam, seorang raja ghaib. Namun ayahandanya tidak pernah menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.

6. Pembentang bertemu dengan pawang yang bernama Abdul Wahab bin Musa (Allahyarham) di Teluk Intan untuk mendapat penerangan lanjut tentang mimpinya itu. Dalam mimpi tersebut, seorang lelaki berpakaian ihram diatas sejadah menyuruh beliau pergi ke Beting Beras Basah dengan membawa kain 7 warna. Katanya, Orang Beting sedang menunggu beliau.

7. Pembentang lalu menyewa sebuah bot dan membawa bersama isteri, almarhum bonda dan beberapa orang saudara (semuanya berjumlah 14 orang) menaiki bot dan bergerak menuju ke Beting Beras Basah dari jeti Sepani, Kampung Kayan.

8. Ketika sampai di Beting Tepi, beliau turun kedalam laut dan mengambil segenggam tanah dan kemudian menyambung perjalanan menuju ke Beting Tengah.

9. Di beting tengah, kelihatan lubuk pusar sedang berpusing. Hujan panas tiba-tiba turun. Apabila air surut, beting timbul dan ditengahnya ada kolam.Kelihatan 7 bendera timbul dari tengah kolam dengan jarak setiap bendera adalah sekitar 3 kaki. Bendera itu pula tercacak menjulang diatas kayu bakar setinggi 15 kaki. Air kolam pula sangat jernih. Pada batang bendera itu ada terdapat daun pemulih yang gunanya adalah untuk mengikat bendera-bendera tersebut. Pembentang tidak boleh mengikatnya kerana terasa seperti ada halangan di hadapannya. Selepas beliau menyatakan bahawa beliau adalah keturunan Panglima HItam dari raja yang berdaulat maka barulah beliau diberi ‘izin’ untuk mengikat daun pemulih tersebut.
10. Setelah semuanya selesai, kolam air pusar dan beting tersebut tenggelam semula.

11. Selepas 3 hari kejadian itu, beliau diilhamkan oleh satu suara yang menyuruhnya membuat pertukaran nama diraja dan dikurniakan dengan alat-alat kebesaran seperti bendera tubuh, pending, bengkong, pakaian rasmi adat istiadat diraja (5 jenis pakaian), keris sakti dan lain-lain. Keris panca indera sakti yang berasal dari Demak, Jawa diperolehi dalam keadaan sedar. Seorang tua berjubah kuning menyuruh beliau berbaring. Tiba-tiba orang tua itu mengecilkan badannya dan duduk diatas badannya. Orang tua itu juga turut mengijazah beberapa ayat. Geliga gunung berapa Krakatau diperolehi setelah ianya keluar dari mulut pembentang sewaktu beliau makan. Geliga petir diperolehi selepas berlakunya peristiwa sambaran petir.

12. Kata pembentang, sesungguhnya segala peristiwa yang dialami beliau terlalu besar hikmahnya kepada diri beliau. Beberapa persolan terungkai setelah mengalami peristiwa tersebut. Antaranya ialah seperti
a. Jalinan hubungan dengan jin kerajaan dan bertemu dengan cucu cicit Raja Sayyid Hitam
b. Punca terpinggir dan terputusnya keturunan bermula selepas peristiwa Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah, Sultan Perak ke-25 dibuang ke Johor. Baginda digelar Marhum Skudai di Bukit Mahmudiah Johor Bharu. Moyang pembentang adalah kakanda kepada Sultan Ismail yang telah menyisihkan dari takhta kerajaan negeri Perak.

13. Moyangnya itulah yang bergelar Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (Rijalul Ghaib), seorang wali Allah yang merendah diri dan zuhud kepada Allah. Beliau bertapa di Gunung Bubu. Ketika Raja Idris (pada ketika itu belum menjadi Sultan) mencari gajahnya yang bernama Kulup Chandan hilang didalam hutan, beliau telah bertemu dengan Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim di Gunung Bubu. Ketika bertemu, Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim berkata kepada Raja Idris, Kelak tuanku akan bergelar Sultan. Selepas 7 hari tuanku ditabal menjadi Sultan maka tuanku hendaklah membeaskan Kulup Chandan. Kemudian, janganlah tuanku bersemayam di Sayong tetapi diatas bukit di pinggir Batang Hari Perak. Bukit itulah yang kini dikenali dengan nama Bukit Chandan. Raja Idris patuh kepada arahan tersebut dan ternyata perpindahan tempat persemayaman itu amat besar hikmahnya. Dengan berpindahnya tempat persemayaman itu maka terselamatlah pihak istana dari bencana banjir kerana kedudukannya di tempat tinggi.

14. Bendera 7 warna yang timbul pada permukaan lubuk pusar tadi mewakili 7 jin kerajaan. Sarjana Barat terkemuka, R.O Winstedt ada menyebut dalam tulisannya tentang 7 warna yang mewakili 7 jin kerajaan ini.

15. Dibawah Tasik Pauh Janggi (tempat lubuk pusar), ada sebuah kerajaan yang diketuai oleh sultan ghaib. Sultan ghaib itulah yang bernama Sultan Ahmaddin Shah yang dikapit dengan Dato Mahkota Si Raja Jin.

16. Moyang pembentanglah iaitu Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (rijalul ghaib) yang memberitahu pembentang bahawa keturunannya adalah keturunan raja yang sebenar yang mempunyai jin kerajaan di Beting Beras Basah dan Sulawesi. Moyangnya jugalah yang menyuruh beliau menukar nama kepada Tengku Sarintaka bin Raja Ajibol. Tentang jin Sulawesi itu yang ada kaitan dengan kerabat diraja Bugis, ia adalah merujuk kepada jin jelmaan buaya putih yang sangat terkenal sejarahnya di Sungai Perak. Khabarnya buaya putih ini kepalanya di kuala Sembilan manakala ekornya di Kuala Kangsar. Buaya putih ini namanya Dato Panglima Haji Jin Putih.






Friday, 21 September 2012


Misteri Sultan Azlan Shah (10)

Tertarik dengan dua komen dalam posting lalu tentang istiadat bersiaram di Beting Beras Basah.

Dalam komen pertama, berbunyi begini.

"Untuk pengetahuan lu dan ramai lagi... isu bersiram nih "kununnya" telah dibuat di Beting Beras Basah oleh Azlan dimasa pertabalannyer sebenarnya ada kesilapan dari segi lokasi... namun lokasi upacara bersiram tersebut tidak dibuat dilokasi sebenar iaitu lokasi dimana Idris terdahulu melakukan upacara bersiram. Jarak lokasi adalah lebih dari 1 km dari tempat sepatutnya. Boleh disemak dengan penduduk kampung yang masih tinggal berhampiran denan kawasan lokasi siram beradat nih."

Manakala komen kedua memberikan link yang mempunyai gambar. (disini)

Komen pertama mengatakan Istiadat bersiram di Beting Beras Basah dilakukan ditempat yang salah. Manakala gambar kedua hanya menyatakan "lawatan ke Beting Beras Basah".

Sebenarnya, tiada siapa yang pasti apakah Raja Azlan Shah menjalani istiadat bersiram diBeting Beras Basah dengan "penuh adat istiadat." Bagaimanakah satu istiadat yang cukup penting boleh tersilap lokasi? Ataupun "istiadat" yang dijalankan hanyalah untuk memberitahu bahawa memang benar Raja Azlan ke Beting Beras basah?  Maka atas sebab itulah Ku Ann mencabar Raja Azlan supaya sama-sama menjalani istiadat tersebut untuk membuktikan siapa yang benar.

Raja Ahmad Nasir menjalani ujian tersebut. Ku Ann juga menjalani ujian tersebut.


Assalamualaikum Rohku

Gerakan hatiku semasa melakukan pekerjaan baik pada hari ini
Assalamualaikum tok nenek moyangku yang empunya cerita dalam diriku
Bantulah dengan membawa doaku
Hari ini aku membersihkan diri aku dengan emmasukkan Darjat Kedaulatan tinggi atas kehendak Moyangku Radin Bagus atau Prabu Perwisaso Brawijaya

Aku mohon kehadiran Tok Pawang Beting beras basah bernama Datok Mahidin bin Mubin bin Datok Panglima Belantan Besi serta Ratu Laut selatan Bu ratu Mas Danang Sutawijaya atau Dewi Nawang Wulan, Bonda Puteri Aishah serta keturunanku yang lain bagi permintaan keturunan Majapahit yang akan dilakukan oleh Jin Pendaulat Istana iaitu Megat Chandin atas permintaan Ku Ann.

Assalamualaikum Tok Megat Chandin yang menjaga daulat istana, kehadiran Tok Megat jelmaan Buaya Putih menjadi pengiring cucu cicit kepada Radin Bagus dan Radin Fatah

Assalamualaikum tok megat Alang Di Laut, aku mohon kawalan Tok Megat sehinggan selesainya upacara mengikut Adat Istiadat Diraja berada dalam keadaan selamat

Aku juga memohon jika terdapat orang-orang yang mengikut sama dalam rombongan ini dengan niat yang tidak baik atau sebaliknya, ianya harus diturunkan petunjuk seperti hukuman setimpal sebagai menyedarkan diri mereka supaya penipuan tidak berlaku seperti dahulu mahu mengambil kesempatan atas sesuatu tujuan.



Ketika menjalani istiadat ini, satu bayangan tiba-tiba muncul dibelakang Ku Ann yang sedang bersedia untuk disiramkan. Perhatikan bayangan dibelakang Ku Ann.Siapakah makhluk itu?

Beranikah Raja Azlan atau Raja Nazrin menjalani istiadat ini bersama-sam

KAWASAN JIN-JIN DI BERAS BASAH [BAGAN DATOH]



Ariffin Mohd Dahlan berdiri di samping bendera di Beting Beras Basah, empat tahun lalu.


Misteri: 'Penjara ghaib' Beting Beras Basah


Ariffin Mohd Dahlan berdiri di samping bendera di Beting Beras Basah, empat tahun lalu.

Lokasi wajib tabal Sultan di Sungai Perak ini turut dikenali lubuk misteri.

KAWASAN Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh Perak, sememangnya sinonim dengan catatan sejarah kesultanan Perak sejak sekian lamanya. Namun, di sebalik kewujudannya sebagai lokasi wajib diziarahi Sultan baru, ada pelbagai catatan lain yang mengaitkannya sebagai lubuk misteri yang menggerunkan.

Ini termasuk kaitannya sebagai tempat penunggu, tempat makhluk ghaib ‘dipenjara’, selain kewujudan lubuk pusar ketika air pasang.

Menyingkap kewujudannya, penyelidik dan pengkaji sejarah, Ariffin Mohd Dahlan atau Pak Engku mendakwa semuanya bermula pada 1528 apabila pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka yang bersemayam di Kampar, Sumatera, ketika itu. Permintaan mereka ialah supaya salah seorang putera baginda dijadikan pemerintah Perak yang tidak mempunyai Sultan. Permintaan itu diperkenankan dan Raja Muzaffar dititah menjadi pemerintah Perak pertama.

“Bagaimanapun Raja Muzaffar lari ke Pagar Ruyong ketika itu kerana merajuk apabila adindanya dilantik Sultan Johor, sedangkan beliau anak sulung. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti nobat, nafiri, pedang Chura Simanjakini, cop mohor halilintar dan beberapa alat lain.

“Rombongan diiringi Megat Terawis. Mereka singgah di Siak, kemudian ke Klang dan seterusnya ke kuala Sungai Perak dengan pelayaran dikemudi Nakhoda Tumi. Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Bahtera baginda tidak boleh bergerak sehingga terpaksa membuang segala peralatan kecuali alat kebesaran diraja,” katanya pada majlis sembang sejarah Kesultanan Perak, baru-baru ini.

Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut.

“Arahan itu dituruti Raja Muzaffar. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.

“Selepas Raja Muzaffar berseru ‘Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka” barulah bahtera baginda dapat bergerak ke tepi tebing dan disambut rakyat negeri Perak yang diketuai Tun Saban. Baginda kemudian dibawa mudik ke hulu dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang,” katanya.

Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.

“Kawasan beting ialah kawasan lubuk pusar yang kadang-kadang timbul dan tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Ia tempat pertabalan Sultan Perak sejak Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama pada 1528 hingga sekarang. Setiap Sultan yang bakal menduduki takhta Perak dimestikan menziarahi Beting Beras Basah dan menjejakkan kaki di atas beting pasir,” katanya.

Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku. Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin.

Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang.

“Ia juga dikatakan ‘pusat’ makhluk ghaib seluruh dunia, termasuk Islam serta perkampungan orang bunian,” katanya yang turut berharap catatan sejarah itu mendapat perhatian dan pengiktirafan Persatuan Sejarah Malaysia dan bahannya dapat dibukukan untuk tatapan serta rujukan pencinta sejarah tanah air,” katanya.

Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.

“Saya turun ke laut mengambil segenggam tanah dan kemudian menuju ke muara Sungai Perak di kawasan lubuk pusar Beting Beras Basah iaitu beting tengah,” katanya.

Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul. “Tiba-tiba saya ternampak kain berwarna-warni muncul dari lubuk pusar itu. Apabila air semakin surut, beting timbul dan saya dapati ada bendera tujuh warna terikat di tujuh batang tiang setinggi kira-kira 4.5 meter.

“Kain berkenaan berwarna putih, hijau, kuning, biru, merah, hitam dan ungu. Kain dengan warna bendera negeri perak berada pada tiga tiang tengah, dua lagi tiang dengan kain pelbagai warna itu di kiri dan kanan tiang bendera perak, manakala kain putih membentuk tiga segi di hujung kiri dan kanan,” katanya.

Beliau mendakwa warna berkenaan mewakili setiap satu jin yang memerintah kerajaan bawah laut. Pada jam 7.20 pagi berkenaan, Pak Engku meminta pawang yang mengiringinya membacakan tahlil dan doa arwah di situ. Selesai majlis beliau terus menuju ke kolam air pusar membawa kain tujuh warna yang dibawa untuk diikat pada tiang bendera negeri Perak.

“Pada awalnya ia tiada masalah tetapi sebaik menghampiri kawasan pusar itu, saya tidak boleh melangkah seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.

“Saya cuba merempuh tetapi gagal dan akhirnya saya berseru ‘Aku adalah keturunan Panglima Hitam daripada Raja yang berdaulat. Mudahkan segala pekerjaanku.’ Selepas itu barulah kain tujuh warna berkenaan dapat diikat pada tiang bendera berkenaan. Saya juga sempat berdoa sebelum keluar.

“Selepas keluar dari kolam itu untuk mengambil wuduk, saya lihat ke arah laut dari luar kolam dan nampak seperti mata manusia tetapi cuma sebelah memerhatikan saya. Saya tidak berkata apa-apa kerana sudah dipesan, jika ternampak sesuatu di situ jangan ditegur,” katanya.



(C) 2010 Oleh Hazirah Che Sab
Berita Harian




















a Ku Ann dan Raja Ahmad Nasir?


























1 comment:

  1. salam..sebenarnye saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sejarah dan peristiwa Beting Beras Basah dan ingin mengakaji untuk didokumentasikan dalam final project saya. Boleh tak berkongsi dengan saya indivdu atau mana-mana tokoh yang saya boleh rujuk atau temubual. terima kasih.

    ReplyDelete